Saturday, March 6, 2010

~Bila Aku Jatuh Cinta~

Apa ada pada cinta?? cinta pada manusia takkan pernah kekal. Selepas dua tahun yang lalu, aku tak pernah merasakan cinta setelah insan yang ku sayang pergi meninggalkan aku. Dia kata padaku dia sudah punya yang lain, yang cantik dan menawan, yang comey lagi cute mengalahkan kucing peliharaan ku..cesssss.....saat itu aku mula memandang serong pada cinta. Aku benci pada cinta sesama manusia. Semuanya berlandaskan nafsu semata - mata. Bila terpandang terjumpa terkenal yang indah, yang lama dilupakan, sedangkan yang lama itulah pernah indah dimatanya. Indah suatu ketika dulu. Indah ketika dia masih belum punya waktu untuk meneroka dunia. Ia..ia aku bukanlah siapa - siapa padanya. Aku ini hanya seorang perempuan yang hanya jadi boneka untuknya. Tapi tahukah dia bahawa aku inilah menjadi pendampingnya dikala dia dirundung duka, dikala kucingnya yang bernama c 'gupy' kemalangan ketika bercanda ditepi jalan. Tidak ingatkah dia tentang semua itu???Tidak ingatkah dia ketika aku meminjamkan padanya sapu tangan ku semata - mata untuk mengesat air mata dan lelehan hingusnya???Dasar kacang lupakan kulit. Ya ya ya..aku benci cinta. Cinta hanya membuatku menderita.


Tapi....sejak akhir - akhir ini, hati kecilku mula diserang perasaan yang sungguh aneh. Mungkin cinta mula bertandang pada ku setelah sekian lama aku menyisihkannya dihatiku. Aku cuba menepis perasaan itu kerana ku tahu itu hanyalah godaan semata - mata. Tapi kini aku akui..aku benar - benar jatuh cinta padanya. Sungguh..inilah hakikat yang sukar untuk aku menolaknya walaupun aku masih pesimis terhadap cinta. Dia telah mengubah perasaan hatiku, walaupun tidak sepenuhnya tapi aku akui aku cinta padanya.Aku cinta padanya. Yahhhh aku cinta padanya.

Kini, aku bagaikan orang yang tak keruan. Setiap hari ku rasa ingin bersamanya.Minda ku kini hanya memikirkannya.Apa yg dilakukan olehnya??Adakah dia sudah makan???Dia sekarang buat apa??Yah..sangat merasakan kehadiran cinta dihatiku.

Hey kamu..aku cinta padamu...fahamilah aku betapa aku sgt mencintai kamu.

0 comments:

~My Memories~

Daisypath Anniversary tickers